Peruntukan lebih RM20 juta untuk pembangunan OKU, anak istimewa Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 7 Mac – Sejumlah RM20,706,705.94 diperuntukkan bagi perbelanjaan keseluruhan orang kurang upaya (OKU) khususnya anak-anak istimewa di Negeri Melaka bagi tahun 2023.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin berkata, peruntukan itu diberikan bagi pembangunan dan pendidikan anak-anak istimewa serta OKU.

“Mengikut pecahan jumlah peruntukan itu, sejumlah RM3,300,953.15 adalah bantuan kewangan kepada 17 Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) melibatkan seramai 97 penyelia dan 519 petugas serta pelatih.

“Bagi pembayaran elaun murid berkeperluan pendidikan khas pula sejumlah RM7,765,550 yang melibatkan seramai 4,334 murid, manakala penyelenggaraan kemudahan mesra OKU di sebanyak 10 buah sekolah melibatkan peruntukan sejumlah RM499,692.71.

“Diikuti projek naik taraf bengkel kemahiran Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK) Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di 11 buah sekolah sebanyak RM3,809,510.08 dan pembinaan bangunan gantian Sekolah Kebangsaan (SK) Ujong Pasir melibatkan PPKI ialah RM5,331,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem(BN-Duyong) pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas di Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

277
Kongsi :
Previous post Bina kompleks belajar al-Quran di Bukit Rambai
Next post Melaka mohon RM9 juta tambah lampu jalan
Ubah saiz-+=