
Bina kompleks belajar al-Quran di Bukit Rambai
KRUBONG 7 Mac – Kompleks Al-Quran Darul Jannah (KADJ) menjalankan fungsi sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran al-Quran bernilai RM1 juta akan dibina di Bukit Rambai.
Pengerusi Persatuan Pengajian dan Kuliah Asas Membaca Al-Quran Negeri Melaka (PERKAMA), Johari Hussain berkata kompleks itu akan menempatkan pejabat pentadbiran, kelas pengajian dan dewan terbuka.
“Mengikut perancangan kerja-kerja pembinaan dijangka dimulakan April ini dan siap penghujung tahun 2025.
“Sebahagian dana pembinaan kompleks ini berjaya dikumpul menerusi pelbagai aktiviti dilaksanakan PERKAMA dan sumbangan daripada pihak korporat serta individu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Katanya, mana-mana individu atau syarikat korporat yang berhasrat bersama-sama membantu menjayakan projek itu boleh menyalurkan bantuan kepada pihaknya.
“PERKAMA amat mengalu-alukan sumbangan individu dan korporat bagi meralisasikan pembinaan kompleks KADJ ini. Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun pembangunan KADJ di nombor akaun 100560101000079475 (Agro Bank),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERIMA KASIH TOK RAUF, RAKYAT PUAS HATI MAKAN DURIAN PERCUMA
ASAHAN 1 Julai - Inisiatif Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh belanja durian secara percuma untuk penduduk di...
KERJASAMA SEMUA AGENSI PASTIKAN KELANCARAN PRN MELAKA KE-16
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Kerjasama semua agensi berkaitan amat penting bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak...
‘SAYA MAHU PRN MELAKA DIURUS SECARA PROFESIONAL DAN SELAMAT’ – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 1 Julai - Atas dasar menghormati prinsip demokrasi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mahu Pilihan...
MAIM PERKENAL TAKWIM HIJRAH DIGITAL
AYER KEROH 30 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan Takwim Hijrah dalam versi digital bagi memudahkan orang ramai...
TOK RAUF BELANJA SATU TAN DURIAN UNTUK ORANG ALOR GAJAH
ASAHAN 30 Jun - Kira-kira satu tan durian habis diagihkan kepada penduduk di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di...
‘KENDURIAN’ MELAKA TAWAR BUFET BLACK THORN, MUSANG KING HANYA RM25
ASAHAN 30 Jun - Rakyat Melaka berpeluang menikmati bufet durian premium dari jenis Musang King dan Block Thorn pada harga...
