
MELAKA TIDAK TERJEJAS ISU PENGHIJRAHAN DOKTOR KE SINGAPURA – EXCO
KLEBANG 13 Julai – Sektor perkhidmatan kesihatan di negeri ini tidak terkesan susulan penghijrahan doktor dan pengamal perubatan dari Malaysia ke Singapura.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, walau bagaimanapun, situasi yang berlaku memberi ‘amaran awal’ kepada semua negeri agar lebih bersedia dalam menghadapi kemungkinan kekurangan tenaga pakar tempatan pada masa hadapan.
“Namun saya yakin sokongan sedia ada dalam sistem kesihatan negeri dan persekutuan, termasuk kerjasama dengan institusi latihan perubatan akan membantu mengekalkan kestabilan perkhidmatan kesihatan di Melaka.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu terus pantau dan membuat perancangan jangka panjang supaya negeri-negeri tidak mengalami kesan akibat penghijrahan berlaku,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Karnival Kesihatan Oh My Health! 2025 diadakan di Pusat Perubatan Oriental Melaka Straits (OMSMC), di sini hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...

