Sorting by

×

MELAKA, TIGA NEGERI DITADBIR UMNO TUMPU SALUR BANTUAN TAMBAHAN UNTUK RAKYAT

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

AYER KEROH 17 April – Melaka dan tiga lagi negeri iaitu Johor, Pahang dan Perak yang diterajui kepimpinan UMNO disaran memfokuskan bantuan-bantuan tambahan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan cabaran kos sara hidup ketika ini.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, langkah itu susulan konflik Asia Barat yang menyaksikan berlaku kenaikan harga minyak dan inflasi global.

Menurut beliau, ia merupakan antara perkara yang diputuskan pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, malam ini.

“MKT menyarankan agar negeri-negeri yang diterajui oleh pimpinan UMNO khususnya Johor, Melaka, Perak dan Pahang agar memfokuskan bantuan-bantuan tambahan kepada pelbagai kelompok masyarakat yang terkesan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Terdahulu, Mesyuarat MKT UMNO telah dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tiba di MITC kira-kira jam 8.45 malam.

Hadir sama, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh serta ahli-ahli MKT.

Turut bersama, Ketua Menteri merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Dalam perkembangan lain, Dr. Asyraf memaklumkan sempena minggu Sambutan 80 tahun UMNO yang akan berlangsung dari 1 hingga 5 Mei di World Trade Centre, Kuala Lumpur, beberapa program utama akan dirangka.

Jelas beliau, ia termasuklah Konvensyen 80 Tahun UMNO, Kongres Pendidikan Bumiputera, Karnival Keusahawanan dan Pedidikan, selain Majlis Khas Ramah Mesra Pemuda dan Puteri UMNO bersama ahli-ahli baharu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

300
Kongsi :
Previous post UMNO TERIMA KEMBALI 6,252 BEKAS PIMPINAN DAN AHLI TERMASUK KJ, HISHAMMUDDIN
Next post HAMPIR 3,000 ANAK MUDA TUNJUK MINAT, UMNO BUKA PENDAFTARAN SECARA DALAM TALIAN