Sorting by

×

MELAKA TUAN RUMAH PERTEMUAN TIDAK RASMI MENTERI AGAMA MABIMS

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat
AYER KEROH 20 Ogos – Melaka dipilih sebagai tuan rumah Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia, dan Republik Singapura (MABIMS) pada tahun ini.
Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohammad pertemuan tahunan itu bakal diadakan pada Oktober depan selepas negeri ini dipilih Jabatan Kemajuan islam Malaysia (JAKIM) menjadi tuan rumah.
Menurut beliau, pertemuan yang diadakan secara tahunan secara bersilih ganti di setiap negara MABIMS itu diadakan bertujuan untuk memperkukuh kerjasama serantau selain membincangkan pelbagai isu berkaitan agama dan umat Islam.
“Selain itu, bersempena pertemuan ini juga, pihak JAKIM telah membuat pembaharuan dengan memilih satu kampung di Melaka sebagai Kampung Angkat MABIMS,” katanya ketika bersiaran di Podcast Mana Lagi Melaka Ler di Studio Melaka TV, baru-baru ini.
Tambah Shaifulfazlee, bersempena Pertemuan Tidak Rasmi Menteri Agama MABIMS akan turut diadakan Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF’25) yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh yang dijadual pada 16 hingga 19 Oktober.
“MIHF merupakan program yahunan yang diadakan di mana kita mahu mengetengahkan usahawan-usahawan yang memiliki sijil halal.
“Memandangkan ia diadakan bersekali dengan pertemuan MABIMS ini, kita percaya ia akan memberi lebih peluang kepada usahawan terlibat untuk memasarkan produk mereka menembusi negara serantau.
“Jadi, saya mempelawa usahawan-usahawan halal di Melaka untuk mengambil peluang ini dan mereka yang berminat boleh menghubungi MAIM Holdings untuk bersama-sama dalam MIHF’25 tahun ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1472
Kongsi :
Previous post PERKHIDMATAN KARDIOLOGI, KARDIOTORASIK DI PUTRA SPECIALIST HOSPITAL BERMULA 1 SEPTEMBER