photo_2022-04-06_00-38-44

Melaka United ucap selamat tinggal Vidakovic

RISTO Vidakovic menjadi jurulatih pertama ditamatkan kontrak dalam saingan Liga Malaysia musim ini.

Memetik laporan Berita Harian, surat penamatan kontrak itu telah diserahkan kepada pengendali dari Bosnia dan Hezergovina itu kelmarin.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Melaka United (Melaka United FC) Datuk Seri Justin Lim, penamatan kontrak itu dilakukan atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Katanya, ia (penamatan kontrak) bukanlah bersandarkan kepada komen Vidakovic berhubung tunggakan gaji semata-mata, sebaliknya keputusan itu juga dilakukan berikutan prestasi hambar skuad Hang Tuah tewas tiga kali dalam empat perlawanan musim ini.

“Penamatan kontrak itu juga adalah hasil daripada persetujuan kedua-dua pihak.

“Penolong ketua jurulatih, Mohd Asri Ninggal diberi tugas bagi melatih pasukan buat sementara waktu sehinggalah pengganti Vidakovic kita umumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum ini, Vidakovic, 53, menggemparkan arena bola sepak negara apabila mendakwa prestasi longlai pasukan adalah disebabkan tunggakan gaji selama dua hingga tiga bulan yang dialami pemain ketika skuad kendaliannya tewas 0-1 di tangan Sabah FC di Stadium Hang Jebat 5 April lalu.

Namun, dakwaan itu ditepis Justin sebelum aksi menentang Kuala Lumpur City FC 9 April lalu dengan menjelaskan tunggakan gaji pemain hanyalah sebulan dan ia telah dilangsaikan.

Melaka United kini hanya mengutip satu mata selepas empat perlawanan hasil keputusan seri menentang Penang FC, bulan lalu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

16

Share and Enjoy !

Shares
photo_2021-09-23_10-19-41 Previous post UMNO, DAP tak sudi terima Norhizam kembali
Next post Fahmi Reza ditahan polis, muat naik karikatur monyet berseragam istana