Menara Taming Sari beri layanan istimewa

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

BANDA HILIR 21 Februari – Menara Taming Sari Berhad (MTSB) memberikan layanan istimewa kepada pengunjung dan pelancong pada cuti umum 20 Februari apabila melanjutkan kemasukan percuma sehingga jam 9 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif MTSB Nasrul Ahmad berkata, tindakan itu diambil memandangkan masih ramai pengunjung yang beratur mesekipun tempoh waktu sebenar telah tamat.

Atas faktor keprihatinanan, ujar beliau, Menara Taming Sari telah menganjakkan tempoh masa berkenaan bagi membolehkan lebih ramai merasai pengalaman menaiki menara berputar 360 darjah itu secara percuma.

“Meskipun waktu operasi kemasukan secara percuma di Menara Taming Sari tamat pada jam 5 petang, tetapi kita mahu beri peluang pengunjung yang masih berbaki dan beratur sehingga jam 5 petang.

“Operasi menara ini boleh memuatkan 50 penumpang dalam satu-satu masa, jadi untuk membantu pengunjung yang masih beratur setakat 5 petang kita terpaksa anjakkan waktu sehingga jam 9 malam.

“Alhamdulillah kesemuanya berjalan dengan lancar dan setakat 9 pagi hingga 9 malam, seramai 6,856 pengunjung telah direkodkankan menerima insiatif percuma yang ditawarkan Kerajaan Negeri dan Menara Taming Sari,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurut Nasrul, sempena cuti umum Ulang Tahun Tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu Ke-68 semalam, pihaknya telah beroperasi sehingga jam 11 malam memandangkan masih ramai pengunjung berminat menaiki mercu pelancongan Negeri Melaka itu.

“Selepas jam 9 malam, kita turut membuka peluang kepada pengunjung yang tidak berkesempatan menikmati kemasukan percuma dan kita lihat masih ramai yang sanggup menunggu dan membeli tiket untuk menikmati panorama keindahan Bandaraya Melaka pada waktu malam.

“Bagi pihak Menara Taming Sari, kami ingin mengucapkan terima kasih di atas sambutan hebat ini dan memohon maaf sekiranya berlaku sebarang kesilapan sepanjang tempoh operasi dijalankan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

590
Kongsi :
Previous post Tiada tanda harga: Kedai perabot beri alasan tak masuk akal
Next post RM3.425 juta naik taraf Zoo Melaka
Ubah saiz-+=