
Menteri Pendidikan sebak baca kisah inspirasi guru hebat
AYER KEROH 15 Mei – Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek tidak dapat menahan sebak ketika berucap pada Majlis Anugerah Guru Inspirasi (AGI) anjuran sebuah syarikat makanan segera, di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.
Beliau beberapa kali mengesat air mata ketika membacakan kisah inspirasi guru-guru hebat negara yang banyak mencurah bakti kepada anak bangsa.
Pada majlis itu, seramai 25 guru seluruh negara termasuk dua dari Melaka menerima anugerah berkenaan yang melayakkan mereka membawa pulang trofi, wang tunai RM5,000, di samping peruntukan tambahan RM5,000 bagi menaik taraf bilik guru di sekolah masing-masing.
Menurut Fadhlina, jasa dan pengorbanan guru wajar diberikan penghormatan sewajarnya memandangkan merekalah nadi untuk membangun negara bangsa.
“Jika mahu membangun sebagai sebuah negara bangsa yang kuat, ia harus bermula dengan kekuatan guru.
“Refleksi guru akan memberi kekuatan kepada rakyat dan jika orang melihat rakyat Malaysia hebat, maka orang akan tahu bahawa guru-guru inilah yang mendidik dan menyemai kekutan jati diri kepada rakyatnya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENDEKATAN M.E.L.A.K.A JADI PEDOMAN – SUK
SERI NEGERI 11 September - Pendekatan M.E.L.A.K.A diperkenalkan sebagai panduan dan budaya kerja baharu bagi meningkatkan kualiti penyampaian Perkhidmatan Awam...
‘DATANG AYER LIMAU TAK SAH KALAU TAK JAMAH SERABAI’
AYER LIMAU 11 September - Mungkin kerana kurang popular tidak ramai lagi yang menjual kuih serabai, namun keadaan itu dianggap...
MAULID ARBAIN SEMARAK CINTA RASUL DI TAMAN KRUBONG PERDANA
PAYA RUMPUT 12 September - Taman Krubong Perdana disuburi dengan suasana kecintaan terhadap Rasulullah SAW apabila menjadi lokasi penganjuran Program...
PERPUSTAM PERKASA BUDAYA MEMBACA MENERUSI WRUR
AYER LIMAU 11 September - Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) terus memperkasa budaya membaca dalam kalangan anak Melaka menerusi penganjuran...
INSENTIF BELANJA RAKYAT LEGAKAN GOLONGAN KURANG MAMPU
AYER LIMAU 11 September - Pemberian Insentif Belanja Rakyat yang disalurkan Kerajaan Negeri kepada golongan yang layak disifatkan amat bermakna...
36 DARIPADA 97 ADUAN WRUR DUN AYER LIMAU SELESAI
AYER LIMAU 10 September – Sebanyak 36 daripada 97 aduan rakyat yang diterima menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR)...
