Menyemai semangat komuniti patriotik

Masa Membaca:59 Saat

KLEBANG 16 Ogos – Dalam menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan di peringkat komuniti, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Bukit Rambai telah mengambil inisiatif mengagihkan Jalur Gemilang kepada penduduk.

Pengerusi KRT Taman Bukit Rambai, Ahmad Nor Iman Shawal berkata, sebanyak 100 bendera Malaysia yang dilekatkan pada kenderaan diagihkan kepada penduduk di kawasan itu menggunakan kaedah pandu lalu.

Ujarnya, agihan itu dilakukan oleh ahli jawatankuasa KRT, Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan PraNita di Dataran SRS KRT taman berkenaan pada Ahad lalu.

“Tujuan agihan ini selain daripada menyemarak sambutan Bulan Kebangsaan, kita juga mahu penduduk dan komuniti terus menyemai rasa cinta akan negara.

“Ia juga penting dalam mengaplikasi semangat Keluarga Malaysia menerusi penganjuran seperti ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

MEMASANG bendera Malaysia pada kenderaan secara pandu lalu.

Ahmad Nor Iman, pihak KRT taman turut menyeru penduduk taman berkenaan agar bersama-sama mengibar Jalur Gemilang di rumah masing-masing dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan ke-65 tahun ini.

“Semoga semua KRT juga terus bersungguh-sungguh dalam melaksanakan pelbagai program sempena bulan Kebangsaan agar semangat patriotrik itu terus diterap dalam kalangan komuniti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1550
Kongsi :
Previous post 16 tahun kayuh basikal tua kibar Jalur Gemilang
Next post Lumba haram: Kerajaan cadang kemuka pindaan Akta Pengangkutan Jalan Oktober ini
Ubah saiz-+=