Sorting by

×

MiCoST, universiti Indonesia jalin MoU pertukaran pelajar

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

BANDARAYA MELAKA 6 Mac – Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MiCoST) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Universitas Kyai Haji Abdul Wahab Hasbullah (UNWAHA), Indonesia bagi melaksanakan program pertukaran pelajar, di sini, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MiCoST, Datuk Mohamad Azmi Sabtu berkata, menerusi MoU tersebut, seramai kira-kira 40 delegasi dari UNWAHA termasuk pensyarah dan pelajar akan ‘berkampung’ selama dua hari di MiCoST iaitu pada 5 dan 6 Mac ini.

Katanya, antara objektif program itu juga adalah untuk menggalakkan pertukaran ilmu di antara pelajar, di samping mengukuhkan jalinan kerjasama kedua-dua institusi pengajian tinggi itu.

“Seperti di MiCoST, kita terkenal dengan Diploma Farmasi, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Multimedia, jadi pada masa hadapan, pelajar-pelajar di sini (MiCoST) akan kita bawa ke sana (UNWAHA) sebagai timbal balik daripada perjanjian MoU.

“Menerusi MoU ini juga, kita akan bekerjasama dengan pihak UNWAHA menerusi pertukaran pelajar, kolaborasi dalam bidang kajian dan banyak lagi.

“Menerusi program ini juga kita ambil kesempatan untuk melebarkan sayap untuk bekerjasama dengan pelbagai kolej dan universiti antarabangsa di luar sana sebagai usaha untuk membawa MiCoST lebih ke depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini selepas Majlis MoU antara MiCoST dan UNWAHA di Bilik Kolaboratif, MiCoST, di sini, yang turut dihadiri Rektor UWAHA, Prof. Dr. Ir. Gatot Ciptadi.

WhatsApp Image 2023-03-06 at 13.37.21
PERTUKARAN MoU di antara Azmi yang mewakili MiCoST dan Gatot Ciptadi mewakili UWAHA pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) yang diadakan di MiCoST.

Dalam pada itu, Gatot Ciptadi berkata MoU itu antara peluang besar mahasiswa UNWAHA untuk memupuk persefahaman bersama pelajar di MiCoST.

Katanya, beliau menggalakkan kesemua mahasiswanya menimba seberapa banyak ilmu untuk digarap menerusi program pertukaran pelajar di antara MiCoST dan UNWAHA.

“Pendidikan tinggi memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan saya menasihati semua mahasiswa dan mahawiswi UNWAHA untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan.

“Kerana di Indonesia, pembelajarannya lain, teknologi di sini juga berbeza, wajar untuk mahasiwa UNWAHA untuk garap ilmu di tempat orang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2212
Kongsi :
Previous post Hari Bertemu Rakyat: Peluang warga Pengkalan Batu salur aduan, dekati pemimpin
Next post 8,500 keluarga fakir dan miskin Melaka terima bantuan zakat
Ubah saiz-+=