
MICTH tinjau 24 lokasi baharu bagi rangkaian jalur lebar
AYER KEROH 29 Jan. – Melaka ICT Holding Sdn. Bhd. (MICTH) mengenal pasti 24 lokasi baharu bagi memperluaskan liputan jalur lebar di negeri ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MICTH, Dr. Nazdiana Ad. Wahab berkata, ia bagi memastikan sasaran 50 lokasi baharu yang mempunyai akses internet tahun ini dicapai.
“Seperti kita tahu internet ini menggunakan pakej yang disediakan oleh pembekal rangkaian selular.
“Justeru, MICTH juga bekerjasama dengan Webe untuk memperluaskan liputan jalur lebar di 24 lokasi baharu dalam atau luar bandar,” katanya kepada MHI.
Jelasnya, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) juga sedang berbincang dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pejabat tanah dan daerah bagi memudah cara pembinaan menara telekomunikasi.
“Lebih cepat kita bina menara telekomunikasi di kawasan baharu ini, lebih cepat masalah rangkaian internet di kawasan luar bandar khususnya dapat diatasi.
“Kelulusan dari PBT dan pejabat tanah ini penting untuk mempercepatkan proses pembinaan menara telekomunikasi.
“Kita sudah membuat kertas kerja dan dibentangkan dalam Majlis Mesyuarat Digital dan akan membuat susulan bagi mengadakan mesyuarat dengan setiap PBT dan pejabat tanah dalam masa terdekat,” katanya lagi.
Katanya, sekitar Lubok Redan, Bukit Larang Indah dan Kampung Air Barok antara 24 lokasi baharu bagi liputan akses internet terbabit.
Views:
Related


Berita Lain
PESTA PANTAI TANJUNG BIDARA MERIAH LUAR BIASA
TANJUNG BIDARA 21 September - "Memang tidak sangka, ia luar biasa dan meriah," itu kata pengunjung Norhayati Abdul Rahman yang...
AB RAUF MAHU PERTAHAN KEM GERAK KHAS DI BUMI MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memberi jaminan kedudukan Kem Rejimen Gerak Khas...
HARI KELUARGA GERAK KHAS BAKAL JADI TRADISI TAHUNAN MELAKA
SUNGAI UDANG 20 September - Sambutan Hari Keluarga Rejimen Gerak Khas (RGK) dicadangkan untuk dijadikan acara tahunan peringkat Jabatan Ketua...
MELAKA PERKUKUH HUBUNGAN, BELA KEBAJIKAN WARGA GERAK KHAS
SUNGAI UDANG 20 September - Kebajikan anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dan keluarga mereka terus diperkukuh menerusi peruntukan khas RM80,000...
MELAKA SALUR RM250,000 NAIK TARAF KEM GERAK KHAS SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 20 September - Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM250,000 bagi kerja pembangunan dan penambahbaikan kemudahan di Kem Sungai Udang...
PEJABAT KETUA MENTERI JAUH, HEBAT DEKATKAN KAMI DENGAN PEMIMPIN
TANJUNG BIDARA 20 September - Bagi pemandu teksi, Mohd Salleh Kadiron, 65, peluang bertemu pemimpin negeri secara bersemuka bukan sesuatu...
