
Misi Bantuan Banjir Pahang: UMNO Melaka prihatin
DURIAN TUNGGAL 1 Feb. – Badan Perhubungan UMNO Melaka telah melancarkan misi bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban mangsa banjir di Pahang.
Majlis pelepasan misi bantuan membabitkan sebuah kenderaan lori lima tan serta dua pacuan empat roda itu telah disempurnakan sendiri oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Dewan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Durian Tunggal, petang tadi.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Badan Perhubungan UMNO Melaka, bantuan kali ini membawa bantuan keperluan harian seperti barangan makanan, tilam, bantal, toto serta pakaian dan UMNO Bahagian Temerloh akan menjadi lokasi penghantaran kepada setiap mangsa banjir terlibat.
Manakala untuk esok (2 Februari) pula, tambahan dua lori treler akan membawa barangan selain makanan.
Jelas kenyataan itu lagi, Badan Perhubungan UMNO Melaka prihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh setiap mangsa banjir di Pahang amnya.
Dalam pada itu itu, misi bantuan tersebut diadakan dalam dua fasa iaitu pada 1 Februari (hari ini) dan 2 Februari (esok).
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
