MOHD RIDHWAN TERAJUI EXCO PENDIDIKAN

Masa Membaca:53 Saat

SERI NEGERI 19 November – Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu bagi menerajui portfolio Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan TVET.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, pada majlis yang berlangsung di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Turut hadir menyaksikan majlis angkat sumpah Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh dan Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Datuk Khairul Azreem Mamat.

Pelantikan itu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek terbabit menggantikan Datuk Rahmad Mariman, bagi portfolio berkenaan.

Manakala Adun Pantai Kundor, Datuk Tuminah Kadi @ Mohd Hashim dilantik sebagai Timbalan Exco.

Pelantikan ini merupakan sebahagian daripada penyusunan pentadbiran baharu selepas pembentukan Kerajaan Negeri susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Gabungan BN dan PN pada pilihan raya berjaya membentuk Kerajaan Negeri selepas menang 24 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

127
Kongsi :
Previous post MUHAMMAD RIDZUAN TERAJUI PORTFOLIO PERTANIAN, ALAM SEKITAR DAN PENGURUSAN BENCANA
Next post FAIRUL NIZAM DILANTIK EXCO PELANCONGAN, WARISAN, BUDAYA DAN PERPADUAN