
RAIS DILANTIK EXCO AGAMA, PEMBANGUNAN USAHAWAN, KOPERASI DAN KOS SARA HIDUP
SERI NEGERI 19 November – Datuk Rais Yasin dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu bagi menerajui portfolio Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, pada majlis yang berlangsung di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, di sini, hari ini.
Pelantikan itu menyaksikan Rais yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang akan menjawat portfolio baharu pada penggal ke-16.
Sebelum ini, beliau dipertanggungjawabkan di bawah portfolio Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri.
Di bawah portfolio baharu, Rais akan dibantu Adun Lendu Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid selaku Timbalan Exco.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MOHD RIDHWAN TERAJUI EXCO PENDIDIKAN
SERI NEGERI 19 November - Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang...
MUHAMMAD RIDZUAN TERAJUI PORTFOLIO PERTANIAN, ALAM SEKITAR DAN PENGURUSAN BENCANA
SERI NEGERI 19 November - Muhammad Ridzuan Mohd Sarif dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu...
LIM BAN HONG EXCO KESIHATAN BAHARU MELAKA
SERI NEGERI 19 November - Datuk Wira Lim Ban Hong dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang...
KHAIDHIRAH DILANTIK EXCO WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
SERI NEGERI 19 November - Datuk Khaidhirah Abu Zahar dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu...
ABDUL RAZAK DILANTIK EXCO PERUMAHAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN KEMAJUAN DESA
SERI NEGERI 19 November - Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahmah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka...
PENIAGA KECIL MAHU MELANGKAH JAUH, HARGAI KEPIMPINAN KETUA MENTERI
AYER KEROH 19 November - Peralihan daripada penggunaan khemah kepada premis perniagaan kekal antara kemudahan yang dihargai peniaga kecil, sekali...
