FAIRUL NIZAM DILANTIK EXCO PELANCONGAN, WARISAN, BUDAYA DAN PERPADUAN

Masa Membaca:37 Saat

SERI NEGERI 19 November – Datuk Fairul Nizam Roslan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu bagi menerajui portfolio Pelancongan, Warisan, Budaya dan Perpaduan.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, pada majlis yang berlangsung di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, di sini, hari ini.

Pelantikan itu menyaksikan Fairul Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan akan menjawat portfolio baharu pada penggal ke-16.

Sebelum ini, beliau dipertanggungjawabkan di bawah portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri.

Di bawah portfolio baharu, Fairul Nizam akan dibantu Adun Serkam Datuk Azman Abdullah selaku Timbalan Exco.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

261
Kongsi :
Previous post MOHD RIDHWAN TERAJUI EXCO PENDIDIKAN
Next post HAMEED DILANTIK EXCO INFRASTRUKTUR, PENGANGKUTAN DAN UTILITI