
DR. MUHAMAD AKMAL DILANTIK EXCO SAINS, TEKNOLOGI, INOVASI DAN KOMUNIKASI DIGITAL
SERI NEGERI 19 November -Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu bagi menerajui portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.
Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, pada majlis yang berlangsung di Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, Seri Negeri, di sini, hari ini.
Pelantikan itu menyaksikan Dr. Muhammad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau menggantikan Datuk Dr. Fairul Nizam Roslan bagi portfolio berkenaan.
Sebelum ini, Dr. Akmal merupakan Exco Kemajuan Desa, Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Negeri Melaka.
Bagi portfolio baharu, Dr. Akmal akan dibantu Adun Rembia Ahmad Norazril Abdul Aziz selalu Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTIKAN KHIDMAT BAKTI, AZRIL FOKUS KERJASAMA KETUA KAMPUNG, PEMIMPIN KOMUNITI
REMBIA 19 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Ahmad Norazril Abdul Aziz bertekad memberikan perkhidmatan terbaik susulan sokongan...
S NADARAJAH DILANTIK EXCO BELIA, SUKAN DAN NGO MELAKA
SERI NEGERI 19 November – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek, S Nadarajah dilantik sebagai Exco Belia, Sukan dan Badan...
HAMEED DILANTIK EXCO INFRASTRUKTUR, PENGANGKUTAN DAN UTILITI
SERI NEGERI 19 November -Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu...
FAIRUL NIZAM DILANTIK EXCO PELANCONGAN, WARISAN, BUDAYA DAN PERPADUAN
SERI NEGERI 19 November - Datuk Fairul Nizam Roslan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu...
MOHD RIDHWAN TERAJUI EXCO PENDIDIKAN
SERI NEGERI 19 November - Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang...
MUHAMMAD RIDZUAN TERAJUI PORTFOLIO PERTANIAN, ALAM SEKITAR DAN PENGURUSAN BENCANA
SERI NEGERI 19 November - Muhammad Ridzuan Mohd Sarif dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang baharu...
