
MPHTJ HARUMKAN NAMA MELAKA, RAIH ANUGERAH ‘ASEAN CLEAN AIR FOR SMALL CITIES’
AYER KEROH 4 September – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sekali lagi mengharumkan nama Melaka apabila dinobatkan sebagai penerima ASEAN 5th Certificate of Recognition (COR) untuk kategori ‘Clean Air for Small Cities’ di Langkawi, Kedah, semalam.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi MPHTJ, Yang Dipertua MPHTJ Datuk Sapiah Haron telah menerima anugerah itu yang disampaikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada majlis bersempena Mesyuarat ASEAN 2025.
Memetik kenyataan, MPHTJ memaklumkan pengiktirafan itu diberikan atas pelaksanaan inisiatif ‘Smart Air Quality Monitoring’ menerusi kerangka ‘Smart Low Carbon Cities’ Hang Tuah Jaya.
“Inisiatif itu menekankan amalan terbaik pembangunan perbandaran pintar serta rendah karbon,” petik kenyataan dikeluarkan.
Terdahulu, majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
