MPHTJ turun padang pantau kawasan banjir

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 29 Mac – Jawatankuasa Khas Banjir Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) pagi tadi telah turun padang memantau beberapa kawasan yang terjejas akibat banjir kilat rentetan hujan lebat awal pagi hari ini.

MPHTJ menerusi perkongsian hantaran di Facebook rasminya sebentar tadi menyebut, sesi pemantauan itu diketuai Yang Dipertuanya, Datuk Shadan Othman serta diiringi Ketua Whip MPHTJ, Rosli Md Nor dan barisan Ahli Majlis MPHTJ terlibat.

Tujuan pemantauan tersebut adalah bagi melihat kesan serta mengenalpasti punca banjir kilat yang melanda beberapa kawasan.

Antara lokasi kawasan yang dipantau oleh jawatankuasa tersebut ialah stesen minyak Shell Malim Jaya, Rumah Pam Malim, Kampung Batu Ampar, Taman Gapam Lestari, Taman Bukit Beruang Utama, Taman Melawis Bukit Beruang, Taman Bukit Beruang Bestari dan Taman Sutera Wangi.

Melaka Hari Ini pagi tadi melaporkan, hujan lebat awal pagi tadi telah menyaksikan beberapa kawasan di sekitar negeri Melaka dinaiki air sehingga menyebabkan banjir kilat.

Antara lokasi teruk terjejas melibatkan kawasan di Cheng, yang juga merupakan antara jalan utama menghubungkan laluan ke Bandaraya Melaka serta Jalan Kee Ann, Jalan Ong Kim Wee dan Kampung Jawa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bandar Melaka, Cheng terjejas akibat banjir kilat

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1033
Kongsi :
Previous post Air bah jadi ‘pelanggan’ pertama
Next post 26 April sebutan semula kes dera dan bunuh adik Amir
Ubah saiz-+=