MPV terbabas, pemandu dan penumpang maut

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

ALOR GAJAH 18 Feb – Pemandu dan penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima maut selepas kenderaan itu terbabas di Kilometer 194.4 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh, di sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 8.15 pagi itu menyebabkan pemandu Go Kuan Woei dan penumpang Yee Kam Pou masing-masing berusia 46 tahun maut dilokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian MPV terbabit dalam perjalanan dari arah selatan menghala ke utara.

“MPV berkenaan dipercayai hilang kawalan sebaik tiba dilokasi kejadian sebelum terbabas lalu melanggar papan tanda di bahu jalan.

“Selain itu terdapat juga kesan tayar diatas permukaan rumput sebelah kiri dari permulaan Toyota Estima itu terbabas,” katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Alor Gajah bagi proses bedah siasat selain kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.22 pagi.

Katanya, susulan itu dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh dan BBP Jasin Bestari bersama 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian pasukan penyelamat mendapati terdapat dua mangsa tersepit di dalam MPV yang terbalik.

“Kerja mengeluarkan mangsa dilakukan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1682
Kongsi :
Previous post Bekalan parasetamol dilapor kurang di farmasi, kedai serbaneka
Next post Penguasa kanan SPRM dipenjara tiga tahun, dua sebatan salah guna wang rampasan US6.94 juta
Ubah saiz-+=