MUSA janji Melaka kekal beraksi di Liga Super

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

PERSATUAN Bolasepak Melaka United (MUSA) berjanji pasukan bola sepak Melaka akan kekal beraksi di Liga Super musim depan.

Presiden MUSA Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan segala hutang tertunggak dibayar sebelum musim 2023 dibuka tirai bagi memastikan pasukan itu kekal bertanding dalam saingan Liga Malaysia.

“Saya berjanji dengan penyokong walaupun kita terpaksa terima hakikat terlepas Piala Malaysia musim ini berikutan kemelut tunggakan gaji yang berlaku.

“Saya juga akan pastikan pada musim 2023, kita akan menjadi lapan pasukan terbaik dan seterusnya layak secara automatik beraksi dalam Piala Malaysia musim depan.

“Insya-Allah kita masih ada masa untuk selesaikan segala tunggakan gaji, begitu juga dengan tunggakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah lebih RM600,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Kongres Luar Biasa MUSA di sebuah hotel di Banda Hilir.

photo1664096238
Presiden Persatuan Bolasepak Melaka, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad (tengah) berjumpa bersama penyokong bola sepak selepas Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Melaka di Hotel Ibis Melaka. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Timbalan Presiden MUSA Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi; Naib Presiden MUSA Datuk Khairi Anuar Ahmad dan barisan Jawatankuasa MUSA.

Mengulas sama ada bakal mempertaruhkan 100 peratus pemain tempatan musim depan, Nur Azmi berkata, perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut bersama semua yang terlibat.

Malah, dari segi perbelanjaan bulanan juga, ia akan dikurangkan daripada RM1 juta sebulan pada ketika ini, menjadi sekitar RM350,000 hingga RM400,000 sahaja pada musim depan untuk mengelakkan berulangnya kemelut gaji dan sebagainya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

4246
Kongsi :

One thought on “MUSA janji Melaka kekal beraksi di Liga Super

Comments are closed.

Previous post MUSA ambil alih bola sepak Melaka musim depan
Next post Gaji rendah punca penjawat awam gagal miliki kediaman sendiri
Ubah saiz-+=