Sorting by

×

MyLAH tingkat kecemerlangan akademik murid dan pelajar B40

Masa Membaca:1 Minit, 44 Saat

REMBIA 11 November – Platform Hab Bantuan Pelajaran (MyLAH) mampu membantu meningkatkan lagi kecemerlangan akademik dalam kalangan murid dan pelajar daripada golongan B40 serta asnaf.

Pakar Pengkhususan Bidang, BjaQ Group (M) Sdn Bhd, Ridzman Azzahari berkata, platform berteraskan kecerdasan buatan (AI) itu juga mengurangkan kebergantungan kepada kelas tuisyen.

Katanya, platfrom MyLAH atau ‘My Learning Asisstance Hub’ menggunakan 60 peratus kepakaran AI, sementara itu 40 peratus lagi adalah menerusi jawapan daripada guru bertauliah.

“Ada dua pilihan untuk mendapatkan jawapan sama ada daripada AI atau guru bertauliah, pengguna akan mendapat jawapan dalam hanya beberapa saat. Ada murid dan pelajar mahu mendapatkan jawapan menerusi carian di platform Google, namun timbul rasa kurang yakin berikutan tidak ada yang boleh mengesahkannya.

“Satu soalan ditanya di Google kita akan dapat 10 jawapan, timbul keraguan dan tidak pasti. Tetapi platform MyLAH ini akan membantu pelajar mendapatkan jawapan yang tepat daripada kepakaran tenaga pengajar dan robot AI,” katanya.

Photo1699617940
RIDZMAN

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini pada Majlis Pelancaran MyLAH dirasmikan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman di Dewan Taming Sari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Melaka, Datuk Rozlan Mohamed; Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Karim Tumin; Pengerusi Yayasan Pendidikan Malaysia, Mohd Najib Mohd Noor; Ketua Pegawai Eksekutif BjaQ Group (M) Sdn Bhd, Amirul Anas Abdul Aziz serta tetamu lain.

Photo1699617748
MOHD NAJIB

Sementara itu, Mohd Najib berkata, pihaknya mengalu-alukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat dan agensi untuk bersama-sama mendukung hasrat membantu golongan sasar menggunakan platform berkenaan.

Katanya, MyLAH yang dilancarkan diharap mampu membantu mengelakkan masalah keciciran dalam sistem pendidikan negara.

“Peluang ini akan digunakan untuk membantu pelajar sekolah khususnya golongan kurang kemampuan tanpa mengira latar belakang, agama atau bangsa. Hasrat kami adalah memartabatkan pendidikan berteraskan penggunaan digital.

“Kita akan mendekati lebih ramai pelajar sekolah seluruh negara bagi merelealisasikan hasrat ini agar tiada yang tercicir pada masa hadapan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1315
Kongsi :
Previous post ‘Saya akan jaga amanah arwah sebaiknya’
Next post Keunikan Melaka jadi pilihan pelancong
Ubah saiz-+=