Najib bidas Kadir Jasin hina pengundi Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

KUALA LUMPUR 22 Nov – Datuk Seri Najib Tun Razak membidas kenyataan bekas wartawan, Datuk A Kadir Jasin yang didakwa menghina pengundi Melaka di laman sosial selepas kecewa terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menerusi catatan Facebook rasmi miliknya, Najib yang juga Penasihat Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN mempersoalkan tindakan Kadir yang tidak berpuas hati dengan meluahkan rasa kecewa terhadap keputusan pilihan raya itu.

“Pak Kadir, kenapa sampai hina pengundi? Geram ke?” tulisnya.

Terdahulu, Kadir menerusi hantaran di media sosial melahirkan kekecewannya terhadap keputusan PRN dengan menyifatkan tindakan rakyat Melaka yang menyokong kleptokrat dan kluster mahkamah diharapkan tidak akan menjadi pandemik di seluruh negara.

“Semoga kebodohan orang Melaka dalam menyokong kleptokrat dan ahli kluster mahkamah tidak akan menjadi pandemik di seluruh negara.

“Mungkin orang Melaka dikutuk berabad-abad lalu untuk hidup dalam kegelapan dan penaklukan selama-lamanya,” tulis Kadir.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi turut membidas tindakan Kadir dan menyifatkan wartawan veteran itu mempunyai pemikiran yang sempit.

“Sempit betul pemikiran Kadir. Salahkan rakyat Melaka yang guna hak demokrasi mereka memilih sebuah kerajaan yang stabil. Rakyat Melaka tidak mahu masuk lubang biawak kali kedua.

“Orang Melaka penat dan bosan dengan janji kosong, janji tidak ditepati, kerajaan pembohong, amal pendakwaan terpilih, majoriti lemah dan tidak stabil.

“Sebab itu rakyat beri kemenangan majoriti dua pertiga kepada BN. Maka siapa yang dungu? Rakyat Melaka atau Kadir Jasin yang masih meratib Najib. Orang Melaka akan hidup kegelapan jika masih di bawah PH,” kata Puad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1042
Kongsi :
Previous post UMNO Bahagian Masjid Tanah nafi kenyataan tular tolak Sulaiman
Next post Kejayaan PRN Melaka, tanda sokongan rakyat kembali kepada BN, UMNO – Mahdzir
Ubah saiz-+=