
Noraini serabut, Bung Moktar gagal dihubungi’ – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR 6 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendakwa terdapat beberapa Menteri dan Ahli Parlimen dari UMNO masih tidak dapat dihubungi bagi menyatakan pendirian menyokong kerajaan atau sebaliknya.
Beliau berkata, antara yang gagal dihubungi ialah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Ismail Sabri dipetik berkata, sebelum ini, Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong, pernah mengadu fikirannya serabut memikirkan perkara yang berlaku sekarang.
“Noraini tutup telefon. Dia pun serabut, pening kepala. Dia ada mengadu pada saya semalam.
“Datuk Seri Bung Moktar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) pula sudah balik Sabah dan tidak dapat dihubungi.
“Kita akan terus menghubungi mereka,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media khas yang diadakan di ibu kota hari ini.
Sidang media itu antara lain menyatakan sokongan daripada 31 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SEDIA RUANG BELIA KEMBANG POTENSI DALAM AKADEMIK, SUKAN
PENGKALAN BATU 25 September - Peluang menyertai program akademik dan sukan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka memberi ruang kepada golongan...
KAPAL EX-KD SRI TERENGGANU KINI BERWAJAH BAHARU
BANDA HILIR 25 September - Kapal Ex-KD Sri Terengganu di Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini, kini berwajah...
JUALAN MELAKA SAYANG RAKYAT: AYAM RM5, BARANGAN MURAH DI PASAR BESAR MBMB
AYER KEROH 25 September - Ayam serendah RM5 seekor serta pelbagai barangan basah dan kering sehingga 50 peratus lebih rendah...
MESYUARAT KHAS SPR 7 OKTOBER TENTUKAN TARIKH PENTING PRN MELAKA KE-16
BANDARAYA MELAKA 25 September – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16...
PRN MELAKA: BAYANGAN CALON? TUNGGU SEBELUM HARI PENAMAAN – AB RAUF
PENGKALAN BATU 25 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh masih berteka-teki mengenai bayangan calon yang bakal...
‘DULU SAYA ANAK PENOREH GETAH’ – AB RAUF MAHU WARISKAN KERAJAAN TERBAIK UNTUK ANAK MUDA MELAKA
PENGKALAN BATU 25 September - Daripada kehidupan sebagai anak penoreh getah di sebuah kampung di Masjid Tanah, Ketua Menteri Datuk...
