NRW antara fokus Melaka capai Bandar Lestari

Masa Membaca:1 Minit, 24 Saat

AYER KEROH 1 Oktober – Pengurangan Air Tidak Terhasil (NRW) merupakan antara fokus utama Kerajaan Negeri bagi mencapai ke arah negeri bandar lestari menjelang tahun 2023.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Zaidi Attan berkata, Kerajaan Negeri memerlukan peruntukan sekurangnya RM65 juta bagi pelaksanaan NRW di negeri ini agar penurunan air tidak terhasil mampu dijimatkan di Melaka.

“Pada 2016 Melaka telah merekodkan capaian NRW tertinggi di negara ini.

“Saya percaya kalau ni dijalankan dengan betul kita akan mecapai lima peratus setahun dan kalau perkara itu boleh berlaku dengan kadar cepan sasaran sebenar kita adalah 10 peratus untuk turunkan NRW.

“Ini memerlukan kerja-kerja berterusan dan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sedang mengatur gerak kerja tersusun untuk pastikan berlakunya penambahbaikan itu dalam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Apresiasi dan Jamuan Makan Malam Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) 2022 di sebuah hotel, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Fairul Nizam Roslan; Yang Dipertua MPAG, Tpr Saifuddin Abdul Karim dan lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri sealiran dalam mencapai hasrat berkenaan dan kini telah mencapai beberapa indikator awal dan sedang menyusun untuk melaksanakannya secara progresif.

“Kita juga akan pastikan pencapaian ini mampu dicapai termasuk mengatasi isu bekalan elektrik yang mampan dan peningkatan perkhidmatan rangkaian daripada 4G kepada 5G perlu dilestarikan di Melaka,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, beberapa anugerah telah disampaikan bagi menghargai warga kerja MPAG, antaranya Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2021, Penyampaian Cenderamata Kepada Pesara tahun 2020, 2021 dan 2022 serta acara penyampaian Anugerah Penghargaan kepada mantan Yang Dipertua MPAG, Mohd Fadhil Hassan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1254
Kongsi :
Previous post Penarafan keselamatan udara Malaysia dikembalikan kepada kategori 1
Next post Gred Guru Besar, Guru Penolong Kanan sekolah rendah ditingkatkan ke gred maksimum DG54
Ubah saiz-+=