OK Group perkenal empat produk kesihatan baharu

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

SUNGAI RAMBAI 15 April – Syarikat pengeluar minuman herba, Orang Kampung Holdings (M) Sdn Bhd (OK Group) bakal mengeluarkan empat produk baharu antaranya minyak urut bayi yang dijangka memasuki pasaran Jun ini.

Pengarah Korporat Kumpulan Ismail Ali berkata, produk terbaharu itu sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan dilancarkan pada masa terdekat ini.

“Selain itu, seperti biasa kita akan keluarkan juga produk tradisional tetapi moden berbanding minyak sedia ada yang berasaskan serai wangi.

“Serai wangi ini banyak khasiat dan kalau bandingkan dengan minyak yang sedia ada, produk terbaharu ini kurang berminyak.

“Aroma lebih menyenangkan, penggunaanya mudah, suci selamat. InshaAllah, produk ini akan dikeluarkan pada penggal Ketiga tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai program Agihan Bubur Lambuk Percuma anjuran OK Group di hadapan Masjid Al-Hasanah di sini, semalam.

Pengarah Pemasaran OK Group, Ismail. Foto: MR. AZLI

Program yang bertemakan Berbagi Rezeki Semarak Kasih Ramadan itu menyediakan 600 pek bubur lambuk yang diagih secara pandu lalu oleh kira-kira 20 kakitangan syarikat tersebut.

Selain itu kata Ismail, dua lagi produk kesihatan yang bakal dileluarkan kini masih menunggu kelulusan kementerian terbabit.

“Jadi, dua produk baharu sudah sah memasuki pasaran manakala lagi dua produk kesihatan masih menunggu kelulusan.

“Namun apa yang penting, produk yang bakal diperkenalkan nanti, bukan setakat kegunaan biasa tetapi memenuhi sasaran pasaran serta tiada masalah edaran dan dapat dijual kepada pengguna,” kata beliau.

KAKITANGAN OK Group menyerahkan bubur lambuk kepada pengguna AMJ. Foto Norizan Muhid

Bagi produk minyak urutan untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak berusia hingga dua tahun itu, katanya, sasaran jualan kepada outlet farmasi moden dan mengeluarkan sehingga 150 karton setiap bulan.

Namun kata beliau, pihaknya masih perlu berhati-hati memandangkan negara baharu sahaja melepasi cabaran pandemik dan pasaran jualan pada masa ini agak terhad khususnya di Timur Tengah serta China.

“Bagi pasaran antarabangsa ini, kita masih lagi menaruh sasaran tetapi ianya mengambil masa memandangkan kita sekarang ini masih baharu pulih akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

981
Kongsi :
Previous post Sibukkan diri dengan ibadah pada 10 malam terakhir – Sheikh Mohamed
Next post Kerajaan diminta percepat kelulusan pelaburan PTPTN – Wan Saiful
Ubah saiz-+=