Op Gegar: 35 individu ditahan di pusat hiburan

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

IPOH, 31 Dis – Jabatan Imigresen Negeri Perak menahan 35 individu termasuk 28 wanita warga asing dalam Op Gegar yang dijalankan di sebuah pusat hiburan di Jalan Canning Estate di sini pada 13 Dis lepas.

Pengarah Imigresen Negeri Perak Hapdzan Husaini berkata operasi yang dijalankan kira-kira dua jam bermula pukul 9.30 malam itu membawa kepada penahanan 15 wanita China, 10 wanita Vietnam dan tiga wanita Thailand yang berumur antara 26 hingga 36 tahun.

Beliau berkata pihaknya turut menahan tujuh lelaki warganegara tempatan berumur 32 hingga 45 tahun dipercayai penjaga dan pekerja premis terbabit yang disyaki menggaji warga asing tanpa pas yang sah dan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO).

“Menyedari kehadiran pegawai operasi, wanita-wanita ini melarikan diri dengan bersembunyi di sebalik ruang rahsia yang sempit di tingkat tiga pusat hiburan yang beroperasi pada pukul 5 petang hingga 5 pagi itu.

“Namun, taktik ini berjaya dikesan oleh pegawai operasi yang berjaya menjumpai tempat persembunyian wanita berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hapdzan, mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c), Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Katanya, orang ramai diseru untuk menyalurkan maklumat dan melaporkan aduan agar tindakan sewajarnya dapat diambil mengikut saluran yang betul. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1368
Kongsi :
Previous post 55 jemaah umrah Malaysia positif COVID-19, kuarantin di Mekah
Next post Baik pulih tebing runtuh elak banjir berulang
Ubah saiz-+=