Op khas motosikal: 31 individu termasuk tujuh remaja bawah umur ditahan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SHAH ALAM 4 Julai – Polis menahan 31 individu termasuk tujuh remaja bawah umur dalam Op Khas Motosikal di Jalan Sultan Alauddin, Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, operasi yang bermula 5.30 petang hingga 10.30 malam itu dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh. Foto kredit FB IPD Klang Utara

Beliau berkata, kesemua yang ditahan adalah warga tempatan berusia 16 hingga 23 tahun dan siasatan mendapati tujuh daripada 31 individu terbabit adalah remaja bawah umur termasuk seorang remaja perempuan.

“Sebanyak 76 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas serta 20 motosikal disita mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kompaun turut dikenakan kepada 22 individu di bawah Peraturan 17(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana berkumpul di tempat awam dan keluar tanpa hala tuju,” katanya dalam kenyataan hari ini.

ANGGOTA polis memeriksa motosikal yang ditahan dalam Op Khas Motosikal. Foto – IPD Klang Utara.

Nurulhuda berkata, pihaknya akan terus menjalankan operasi dan penguatkuasaan bagi membendung kegiatan lumba haram terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

726
Kongsi :
Previous post KM bantu lima beranak sebilik diami rumah sementara
Next post PKPD: Firma guaman dibenar beroperasi dengan SOP ketat
Ubah saiz-+=