Op Tapis Khas Siri 5: 4,243 individu termasuk penjawat awam dan pelajar ditahan
Setiausaha Polis Diraja Malaysia Datuk Noorsiah Mohamed Saaduddin berkata kesemua individu yang ditahan termasuk 111 warga asing itu berusia 14 hingga 70 tahun.
Katanya daripada jumlah yang ditahan,Ā 426 merupakan pengedar (tokan dadah), 2,077 penagih, orang dikehendaki (196) dan lain-lain kesalahan (1,544).
āKita merampas 99.03 kilogram (kg) dan 508 liter pelbagai dadah antaranya syabu, ketamin, ganja dan ketum dianggarkan bernilai RM607,878.
āTurut dirampas tiga laras senapang angin, sepucuk pistol dan 30 butir peluru hidup serta pelbagai aset termasuk wang tunai, barangan kemas dan kenderaan dianggarkan bernilai RM811,608,ā katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (ADB) Langkah- langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah 1983.
Beliau berkata sebanyak 201 pemeriksaan dijalankan dalam operasi selama tiga hari itu oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan semua kontinjen polis di seluruh negara termasuk di kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya, sekatan jalan raya, sempadan dan pangkalan haram.
Noorsiah berkata sepanjang Op Tapis Khas Siri 1 hingga Siri 5 bermula Januari hingga Julai lepas seramai 20,561 individu ditahan dengan 2,000 kg dan 2,530 liter pelbagai dadah dirampas dianggarkan bernilai RM15 juta.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.