
PAMERAN PANGLIMA AWANG DI MELAKA PADA SEPTEMBER INI
AYER KEROH 2 Ogos – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) berusaha mendapatkan artifak dan bahan pameran berkaitan Enrique de Malacca (Panglima Awang), pelayar Melayu terbilang abad ke-16 untuk dipamerkan di Melaka pada September ini.
Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah berkata, perbincangan bersama pihak Balai Seni Negara Kuala Lumpur telah diadakan pada 29 Julai lalu bagi memastikan pameran tersebut dapat memberi impak kepada masyarakat.
“Selain perbincangan, PERZIM turut berpeluang melihat koleksi pameran karya Ahmad Fuad Osman mengenai ‘Enrique de Malacca’ yang pernah dipamerkan di Balai Seni Negara Kuala Lumpur serta melakukan lawatan ke Art Hospital,” katanya.
Hadir sama dalam perbincangan tertutup itu ialah pegawai dari Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi, Bahagian Pembangunan dan Bahagian Koleksi Repositori PERZIM serta wakil Balai Seni Negara Kuala Lumpur, Mohd Azrul Amin Arshad.
Panglima Awang atau Enrique de Malacca dikenali sebagai pelayar pertama yang mengelilingi dunia bersama armada Ferdinand Magellan, merupakan simbol kehebatan pelaut Melayu yang wajar diketengahkan kepada generasi masa kini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
PAYA RUMPUT 21 Mac - Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana...
SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN
TELOK MAS 21 Mac - SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) terus memperkukuh menzahirkan rasa cakna terhadap insan kurang bernasib...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET PENIPUAN KHIDMAT SEKS DALAM TALIAN
MELAKA 21 Mac - Polis menumpaskan sindiket penipuan dalam talian dengan penahanan 15 individu termasuk warga China, di Kampung Lapan,...
SENTUHAN MPAG BAWA KECERIAAN, SINARI AIDILFITRI
TABOH NANING 21 Mac - Inisiatif kongsi rezeki daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menceriakan asnaf dari lima Dewan Undangan...
‘IDEA TOK RAOP MEMANG TERBAIK’
TANJUNGÂ BIDARA 21 Mac - Usaha berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menjaga kebajikan rakyat negeri ini...
KETUA MENTERI HARGAI PENGORBANAN RAKYAT MELAKA BERTUGAS DI HARI RAYA
TANJUNG BIDARA 21 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menzahirkan penghargaan terhadap semua rakyat Melaka yang...
