
Pantau dan bendung penyebaran ajaran sesat- TYT
SERI NEGERIĀ 20 Sept. – Penyebaran ajaran Islam yang menyeleweng dan bertentangan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah di Melaka perlu sentiasa dipantau supaya tidak terus merebak dan merosakkan akidah rakyat.
Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam berkata, perkara itu penting dalam aspek memartabatkan syiar Islam.
“…saya berharap pentadbiran kerajaan dapat memberikan perhatian serius terhadap usaha membendung isu penyebaran ajaran Islam yang menyeleweng dan salah dari segi prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
“Suka untuk saya menyeru agar usaha-usaha untuk menerapkan ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah perlu diambil serius dan difahami dengan sebenar-benarnya dalam kalangan seluruh umat Islam di Melaka khususnya.
“Selain itu, penyebaran ajaran-ajaran salah yang telah difatwakan haram di negeri Melaka hendaklah sentiasa dipantau agar tidak terus merebak dan merosakkkan pegangan akidah rakyat negeri ini,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Ucapan Perasmian Pembukaan Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
GENG RXZ DATANG MELAKA JANGAN BUAT DUA PERKARA INI
AYER KEROH 13 Disember - Polis Melaka mengingatkan peserta-peserta RXZ Members Ride Edition 3.0 di negeri ini agar tidak melakukan...
INDIVIDU TULAR VIDEO FITNAH POLIS HALANG AMBULANS AKAN DIPANGGIL
AYER KEROH 13 Disember - Individu yang menularkan video mendakwa anggota polis trafik menghalang ambulans untuk memberi laluan kepada konvoi...
MELAKA RAI LEGASI 04 RXZ X 125 ZR
AYER KEROH 12 Disember - Ribuan peminat motosikal Yamaha RXZ dan 125 ZR yang juga anak jati Melaka diraikan bersempena...
INISIATIF DIGITAL MELAKA BERPOTENSI DIKETENGAHKAN DI PERINGKAT GLOBAL
AYER KEROH 12 Disember - Usaha pendigitalan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa, sekali gus...
RM310 JUTA UNTUK BANDAR PINTAR MELAKA, FASA PERTAMA BERMULA TAHUN DEPAN
AYER KEROH 12 Disember - Pelaksanaan inisiatif bandar pintar di Melaka yang melibatkan peruntukan sebanyak RM310 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi...
MELAKA KE ARAH NEGERI PINTAR, INFRASTRUKTUR DIGITAL BERSKALA BESAR BAKAL DIBANGUNKAN
AYER KEROH 12 Disember - Melaka dipilih sebagai rakan strategik pelaksanaan pembangunan infrastruktur digital berskala besar, seterusnya bakal merealisasikan visi...

