(DIKEMAS KINI) PAS Melaka tidak sokong pertembungan tiga penjuru

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 2 Nov – PAS Melaka mengambil pendirian tidak menyokong sekiranya berlaku pertandingan tiga penjuru di satu-satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka .

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Kamarudin Sidek berkata, pihaknya akur dengan keputusan PAS Pusat yang memutuskan penggunaaan logo Perikatan Nasional (PN) pada PRN itu.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan cuba memastikan tidak wujud pertandingan tiga penjuru.

“PAS Melaka akur kerana PN sudah didaftarkan sebagai sebuah parti politik, manakala Muafakat Nasional (MN) pula tidak didaftarkan.

“Tetapi PN dan BN (Barisan Nasional) sepakat satu lawan satu, tiada pertembungan kerusi. Jika berlaku juga (pertembungan kerusi), PAS akan mengambil sikap menyokong penyandang kerusi yang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya memaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di pejabat Agung PAS Pusat telah meluluskan penggunaan lambang Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.

Katanya, ketetapan itu dibuat setelah mengambil kira panduan yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama’ PAS yang bersidang pada 31 Okt selaras peruntukan Fasal 84 Perlembagaan PAS.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

516
Kongsi :
Previous post Bantuan kewangan mangsa banjir perlu dinaikkan – KM
Next post Polis Perak lupus dadah bernilai lebih RM58 juta
Ubah saiz-+=