Bantuan kewangan mangsa banjir perlu dinaikkan – KM

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 2 Nov – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mencadangkan bantuan kewangan secara bayar terus (one-off) kepada mangsa banjir di negeri ini dinaikkan.

Beliau berkata, sebelum ini nilai bantuan bencana alam tidak pernah dikaji semula dan nilainya masih sama sehingga sekarang.

Justeru, katanya, jumlah itu perlu dinaikkan bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.

“Kalau boleh bantuan ini kita naikkan, kita akan naikkan. Tak boleh lagi kalau dulu mereka dapat contohnya, RM100 hari ini pun masih dapat RM100, harga barang pun dah naik.

“Ia perlu buat kajian semula kerana bantuan bencana alam ini mesti dipertingkatkan kerana dari fenomena yang tak menentu ini kita tak jangka bila berlakunya banjir,” katanya dalam sidang media selepas melawat keadaan banjir di Taman Bukit Beruang Bestari, di sini hari ini.

SULAIMAN mendengar penerangan ketika melawat kawasan banjir di Taman Beruang Bestari, di sini

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, jika dahulu, banjir berlaku pada musim tengkujuh, namun keadaa berbeza pada masa kini, jadi nilai bantuan yang diterima juga tidak boleh sama.

“Dulu mereka kata banjir bila musim tengkujuh sahaja, sekarang bukan lagi begitu. Jadi, mereka patut terima bantuan bukan lagi pada musim tengkujuh sahaja, ia sudah tidak sesuai lagi.

“Jadi, saya minta kajian ini diperbetulkan semula untuk membantu semua yang terkesan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

573
Kongsi :
Previous post Enam penuntut UPNM dipenjara 18 tahun sebabkan kematian Zulfarhan Osman
Next post (DIKEMAS KINI) PAS Melaka tidak sokong pertembungan tiga penjuru
Ubah saiz-+=