Polis Perak lupus dadah bernilai lebih RM58 juta

Masa Membaca:1 Minit, 48 Saat

IPOH 2 Nov – Polis Perak melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai RM58 juta yang dirampas sejak 1988 hingga tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Mazlan Santarai berkata kesemua dadah berkenaan merupakan hasil rampasan yang selesai perbicaraan mahkamah membabitkan 4,991 kertas siasatan di 15 daerah iaitu Ipoh, Taiping, Manjung, Hilir Perak, Tapah, Kuala Kangsar, Batu Gajah, Sungai Siput, Muallim, Kampar, Gerik, Kerian, Pengkalan Hulu, Selama dan Perak Tengah.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik akan menghantar kesemua eksibit dadah tersebut kepada syarikat pelupusan sisa pepejal Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan,” katanya pada sidang media sempena program pelupusan eksibit dadah kontinjen Perak di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

MAZLAN (kanan) pada sidang media program pelupusan eksibit dadah kontinjen Perak di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini. Kredit foto : PDRM Perak

Beliau berkata antara dadah yang akan dilupuskan ialah heroin 413.6 kilogram (kg), ganja (699.9 kg), syabu (34.4 kg), ketamin (1.27 kg), daun ketum (2,773.7 kilogram), cecair ketum (1.7 juta liter) dan lain-lain dadah (411.58 kg)

Dalam pada itu, Mazlan berkata bagi tindakan pembanterasan ke arah pengurangan bekalan dadah, seramai 1,752 individu telah diambil tindakan sepanjang Januari hingga September lepas mengikut Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dan mengedar dadah.

Beliau berkata bagi tindakan pembanterasan ke arah pengurangan permintaan memiliki dadah, seramai 3,721 individu telah diambil tindakan sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini mengikut Seksyen 12(2), Seksyen 9 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) dan Seksyen 9 Akta Racun 1952.

“Seramai 1,598 orang telah diambil tindakan sepanjang tempoh sama tahun ini iaitu tindakan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi pembanterasan ke arah pengurangan urin positif.

“Bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, sebanyak 3,777 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun. Daripada jumlah tersebut sebanyak 3,543 kertas siasatan telah dituduh,” katanya. -BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

611
Kongsi :
Previous post (DIKEMAS KINI) PAS Melaka tidak sokong pertembungan tiga penjuru
Next post KPDNHEP Negeri Sembilan keluar kompaun babit denda RM1.34 juta Jan-Okt
Ubah saiz-+=