
Pasca PRU15: Anggota perkhidmatan awam terus sempurna tugas demi rakyat, negara – Mohd Zuki
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ia juga bagi menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan pembentukan kerajaan selepas pilihan raya umum itu.
“Anggota perkhidmatan awam terus komited mendukung konsep berkecuali dan kerajaan hari ini berlandaskan kedaulatan undang-undang,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Mohd Zuki juga berkata anggota perkhidmatan awam sentiasa bersiap sedia dan berpegang teguh kepada prinsip dan ikrar perkhidmatan awam demi rakyat serta negara.
PRU15 semalam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, Perikatan Nasional (73), manakala Barisan Nasional (30).
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan adalah 112 kerusi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
ENAM RESOLUSI JADI KERANGKA KAMPUNG DIGITAL MELAKA 2.0
GADEK 27 Ogos - Enam resolusi dicapai pada Bengkel Penjajaran Hala Tuju Kampung Digital Melaka membentuk kerangka tindakan menyeluruh bagi...
KAMPUNG DIGITAL: BUKTI MELAKA BERANI JADI PENCETUS PEMBAHARUAN
GADEK 27 Ogos - Kejayaan Kampung Digital membuktikan keberanian Melaka menjadi pencetus kepada pembaharuan serta memiliki keupayaan untuk merealisasikan inisiatif...
2,500 TOPI KELEDAR ‘LIMITED EDITION’ UNTUK PENGUJUNG BERTUAH KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA
GADEK 27 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mempelawa orang Melaka untuk hadir bagi bersama-sama memeriahkan...
151 MENARA MELAKA DILENGKAPI GENTIAN OPTIK SEPANJANG 200KM
SERI NEGERI 27 Ogos - Kerajaan Negeri menerusi Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (MICTH) bakal melengkapkan 151 menara telekomunikasi dengan...
INISIATIF KAMPUNG DIGITAL 2.0 DIPERLUAS KE SELURUH MELAKA
GADEK 27 Ogos - Pelaksanaan inisiatif Kampung Digital 2.0 akan diperluaskan ke seluruh Melaka bermula dengan Kampung Baru, Felda, Felcra,...
MELAKA WUJUD ‘LEBUH RAYA DIGITAL’ PERTAMA NEGARA
SERI NEGERI 27 Ogos - Melaka bakal mewujudkan 'Lebuh Raya Digital' pertama di Malaysia menerusi peluasan infrastruktur gentian optik berkelajuan...


