Pasukan Ragbi Melaka harapkan ‘tuah’ benam Johor esok

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

AYER KEROH 8 November – Pasukan Melaka mengharapkan tuah untuk membenam Johor dalam pertemuan Kumpulan A menerusi perlawanan Ragbi Piala Agong 2022 di Stadium Ragbi Mount Austin, Johor, esok.

Pengurus Pasukan Ragbi Melaka, Mohd Zahiruddin Ahmad berkata meskipun Melaka bukan pasukan pilihan, namun dia percaya dengan aksi yang akan dipamerkan pasukannya akan mencabar pasukan lawan dan tidak mustahil dapat membenam pasukan Johor.

Menurutnya, pada kejohanan kali ini, skuad kendalian jurulatih Aliff Nur Najmi Chua tampil dengan keseluruhan pemain tempatan yang akan beraksi dalam perlawanan terbabit dan dia percaya pasukan Melaka akan mencipta kebangkitan pada perlawanan itu.

“Pada kejohanan kali ini kita menggabungkan 60 peratus pemain baharu dan 40 peratus pemain lama. Kejohanan ini adalah pendedahan dalam usaha menggilap pemain-pemain baharu untuk tampil lebih baik dalam aksi-aksi mendatang.

“Kita tahun kita (Pasukan Melaka) bukanlah pasukan pilihan, namun kita percaya kita mampu memberi saingan dan cabaran kepada pasukan lawan dalam kejohanan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media dalam Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Pasukan Ragbi Negeri Melaka Untuk Kejohanan Ragbi Piala Agong 2022 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Ragbi Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

photo_2022-11-08_17-11-08
Presiden Persatuan Ragbi Negeri Melaka, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer (kanan) bersama Pengurus Pasukan Ragbi Piala Agong Negeri Melaka, Zahiruddin Ahmad (dua dari kanan) beramah mesra bersama pasukan ragbi pada Majlis Pelancaran Jersi Rasmi Pasukan Negeri Melaka untuk Kejohanan Ragbi Piala Agong 2022 di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka. Foto: MR. AZLI

Mengulas lanjut, Mohd Zahiruddin berkata pasukan Melaka telah memulakan latihan sejak September lalu dan telah melakukan pemilihan 40 pemain terbaik dari seluruh Melaka untuk diketengahkan dalam kejohanan itu.

Untuk rekod, pasukan Melaka diletakkan dalam kumpulan A bersama pasukan Negeri Johor dan Terengganu.

Untuk perlawanan peringkat kumpulan A, pada aksi pembukaan lalu, Johor tewas kepada Terengganu 30-17 dalam pertemuan di Stadium Tengku Muhammad Ismail, Kuala Terengganu.

Pasukan Melaka akan bertemu pasukan Terengganu pada 12 November di Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah selepas menentang Johor di Stadium Ragbi Mount Austin, Johor esok petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2433
Kongsi :
Previous post Manifesto BN bukan gula-gula kepada rakyat – Mohamad
Next post Manifesto BN mampu dilaksana, tidak janji bulan dan bintang – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=