Sorting by

×

PAYA RUMPUT BUKA TIRAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PAYA RUMPUT 21 Mac – Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput tahun ini akan diadakan secara sederhana namun tetap meriah dengan pelbagai pengisian menarik di perkarangan Stadium Hang Jebat pada Syawal kedua (esok).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin berkata, majlis itu akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Katanya, lebih menarik lagi penampilan khas Tomok dan Kombo Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bakal memeriahkan lagi sambutan tersebut.

“Pelbagai juadah wajib hari raya kita akan jamu tetamu yang berkunjung ke Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Paya Rumput pada tahun ini.

“Antara juadah disediakan termasuk lemang, nasi himpit, rendang, sate serta pelbagai hidangan hari raya lain,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jualan Prihatin DUN Paya Rumput di Pusat Penjaja Terbuka Paya Rumput, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, majlis tersebut akan bermula dari jam 10.30 pagi sehingga jam 4.30 petang.

“Saya menjemput orang ramai khususnya penduduk sekitar DUN Paya Rumput untuk hadir memakai baju raya dan memeriahkan majlis ini,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

440
Kongsi :
Previous post SWM ENVIRONMENT UKIR SENYUMAN LEBARAN