Pecutan hari-hari terakhir kempen

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

KOTA MELAKA 16 November – Berbaki hanya tiga hari lagi sebelum tibanya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), sudah pasti setiap calon yang bertanding akan pergiatkan kempen dan bertemu pengundi.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka Kon Qi Yao turut berdepan situasi sama dengan melakukan ‘pecutan akhir’ dalam menyapa serta bersua muka dengan penduduk di Parlimen itu.

“Memang lagi dekat, susunan program lagi padat dan banyak malah saya sedaya upaya akan cuba untuk bertemu seberapa banyak pengundi yang ada di Kota Melaka.

“Dengan jumlah pengundi yang ramai, saya pastikan setiap DUN (Dewan Undangan Negeri) sudah sampai dan berjumpa dengan penduduk setempat serta serahkan aku janji saya.

“Masa tidur pun kini sudah kurang. Sekarang ini saya tidur dalam perjalanan, dapat sekejap pun sudah memadai. Itulah masa yang dapat curi untuk rehat seketika,” katanya ketika dijumpai selepas melakukan walkabout di Pasar Malam Seri Duyong, malam tadi.

Menurutnya, sejak bermulanya kempen sehingga hari ini, penerimaan penduduk khususnya di sekitar Kota Melaka amat baik termasuk keyakinan yang ditunjukkan terhadap pimpinan kerajaan BN.

“Penerima masyarakat baik, ada yang memberi semangat ini kerana masing-masing ada pilihan sendiri. Setiap komen yang diterima, saya terima sahaja serta perlu kuat.

“Terima kasih saya ucapkan kepada barisan jentera BN yang banyak membantu kempen serta kawan-kawan yang banyak memberi sokongan kepada saya. Untuk itu saya kena yakin pada diri sendiri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2156
Kongsi :
Previous post Tambah kerisik baru ada ‘umph’
Next post Mangsa banjir di Melaka berkurangan
Ubah saiz-+=