
Pejabat Ketua Menteri agih pelitup muka di 77 sekolah menengah Melaka
AYER KEROH 22 Feb. – Pejabat Ketua Menteri Melaka mengagihkan sumbangan pelitup muka kepada 77 wakil sekolah menengah di negeri ini bagi kegunaan pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), hari ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, bekalan pelitup muka itu turut disalurkan kepada calon peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.
“Pak cik mendoakan anak-anak agar dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik serta menjawab soalan dengan tenang sepanjang musim peperiksaan ini,” katanya menerusi facebook rasminya, hari ini.
Semalam, Sulaiman turut menasihatkan calon SPM 2020 di negeri yang menduduki peperiksaan itu hari ini supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dan berusaha sehabis baik.
Menggelar dirinya sebagai ‘pak cik, Sulaiman menyeru rakyat negeri ini sama-sama berdoa dan memberikan sokongan kepada calon SPM agar dapat menjawab soalan dengan tenang selain dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang peperiksaan itu berlangsung.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA BUKA 560 KEKOSONGAN JAWATAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses membuka perjawatan baharu bagi mengisi kira-kira...
SOKONGAN MAIM BELA KEHIDUPAN ASNAF MUALAF
AYER MOLEK 29 Jun - Sokongan berterusan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terbukti menjadi talian hayat penting bagi golongan...
JELAJAH KETUA MENTERI SAYANG RAKYAT BERI LEBIH IMPAK UNTUK ORANG MELAKA
SERKAM 29 Jun - Penganjuran siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bermula 5 Julai depan akan memberikan impak lebih berkesan...
RESORT RM18 JUTA BAKAL UBAH WAJAH PELANCONGAN UMBAI
SERKAM 29 Jun - Pembangunan sebuah pusat peranginan baharu bernilai RM18 juta dijangka menjadi pemangkin baharu kepada sektor pelancongan pesisir...
JBPM SUSUN BALAI BOMBA IKUT TAHAP RISIKO KEBAKARAN
PAYA RUMPUT 29 Jun - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini merangka pembangunan balai bomba seluruh negara berdasarkan pendekatan...
PENGLIBATAN JBPM DI PBT LANCARKAN URUSAN PEMBANGUNAN MELAKA
PAYA RUMPUT 29 Jun - Keputusan Kerajaan Negeri menempatkan wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai ahli majlis di...
