Pelajar SPM Henry Gurney lulus 98.3 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

SEKITAR KEPUTUSAN SPM 2020

TELOK MAS 11 Jun – Biarpun berada di sebalik ‘tirai besi’ pelajar Sekolah Henry Gurney (SHG) di sini, membuktikan kebijaksanaan mereka apabila mencatatkan 98.3 peratus kelulusan dalam  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Pengarah SHG Penolong Komisioner Penjara (PKP) Hairol Hisham Mohd Harith berkata, seramai 64 pelajar di sekolah berkenaan menduduki peperiksaan SPM 2020 pada 22 Februari hingga 25 Mac lalu dengan empat daripadanya memperoleh keputusan 5A 2B dalam peperiksaan terbabit.

Katanya, empat pelajar lagi masing-masing berjaya memperolehi 4A dan 3A manakala sembilan pelajar memperolehi 2A daripada jumlah subjek diambil.

“Sebaik memperolehi keputusan SPM, pelajar berkenaan melakukan sujud syukur selepas memperolehi keputusan penuh 5A 2B sekali gus diumumkan pelajar terbaik,” katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan SPM sekolah berkenaan semalam.

Hadir sama, Pengarah Penjara Melaka Timbalan Komisioner Penjara Ku Nawawi Ku Hamid.

HAIROL Hisham (kiri) bersama Ku Nawawi ketika mengumumkan keputusan SPM 2020 kepada penghuni unit akademik yang mengambil SPM 2020 pada tahun ini.

Mengulas lanjut, Hairol berkata, secara keseluruhannya, lima mata pelajaran berjaya mencapai kelulusan 100 peratus iaitu Bahasa Melayu; Pendidikan Islam; Pendidikan Seni Visual; Tasawur Islam dan Sains.

“Bagi subjek Matematik, sebanyak 98.8 peratus kelulusan berjaya dicapai manakala subjek Perniagaan sebanyak 96.6 peratus dan Bahasa Inggeris 48.3 peratus,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3016
Kongsi :
Previous post 3 individu ‘share’ terbanyak dapat hadiah wang tunai setiap minggu
Next post Polis Melaka tumpaskan ‘Geng 36’, selesaikan kes samun RM1.2 juta
Ubah saiz-+=