
Pelajar tingkatan tiga kritikal terjun bangunan sekolah
PUTRAJAYA, 6 Jan – Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga cedera parah selepas dikatakan terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya di Sepang, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak sekolah selepas pelajar berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di bahagian kepala oleh guru di sekolahnya pada kira-kira 10 pagi.
Menurutnya remaja berusia 15 tahun itu kini dirawat di Hospital Putrajaya dan berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri.
“Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah ditemui,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata ada saksi mendakwa melihat pelajar terbabit berada di kaki lima tingkat tiga bangunan berkenaan sebelum terjun.
Wan Kamarul Azran berkata pihaknya dimaklumkan pelajar itu telah beberapa kali menjalani sesi bimbingan dan kaunseling daripada pihak sekolah kerana mengalami kemurungan ketika di sekolah.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASALAH RAKYAT TAK TERLEPAS, WAKIL RAKYAT MELAKA JADI MATA DAN TELINGA
SERI NEGERI 22 September - Pendekatan turun padang membolehkan Kerajaan Negeri menjejaki pelbagai permasalahan rakyat yang sebelum ini tidak sampai...
MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG GANGSA BAKAL HUNI RUMAH BAHARU
DURIAN TUNGGAL 22 September - Sekeluarga mangsa kebakaran di Kampung Gangsa di sini menerima bantuan pembinaan rumah baharu oleh Lembaga...
TOK RAUF PUAS HATI BARISAN EXCO, ADUN BERIKAN KHIDMAT TERBAIK
SERI NEGERI 22 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berpuas hati dengan prestasi barisan kepimpinan negeri...
AMBIL KIRA PELBAGAI FAKTOR TENTUKAN TARIKH BUBAR DUN MELAKA
SERI NEGERI 22 September - Pelbagai faktor termasuk keadaan cuaca dan kemungkinan berlaku bencana diambil kira Kerajaan Negeri dalam menentukan...
USAHA SANTUNI RAKYAT DI MELAKA BUKAN BAHARU, TELAH BERMULA TIGA TAHUN LALU
SERI NEGERI 22 September - Kerajaan Melaka telah melaksanakan pelbagai usaha menyantuni rakyat secara berterusan sejak tiga tahun lalu menerusi...
HALA TUJU KERJASAMA AMBIL KIRA KEPENTINGAN RAKYAT MELAKA – AB RAUF
SERI NEGERI 22 September - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh akan mengadakan rundingan dengan parti-parti yang terlibat...
