
Pemandu kedua bas ekspres direman bantu siasatan kes cabul penumpang
KUALA TERENGGANU, 9 Mei – Seorang pemandu kedua sebuah bas ekspres direman bagi membantu siasatan kes cabul seorang penumpang wanita yang sedang tidur ketika dalam perjalanan dari Kelantan ke Melaka awal pagi semalam.
Perintah tahanan reman selama empat hari hingga Khamis itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Hairul Azhar Mohamad terhadap lelaki berumur 27 tahun itu di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, setelah mendapat permohonan daripada polis bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian itu, seorang penumpang wanita berusia 21 tahun mendakwa diraba pemandu kedua bas ekspres semasa kenderaan itu berhenti rehat di Ajil, Hulu Terengganu kira-kira 4 pagi Ahad.
Berdasarkan maklumat itu, pihak polis terus menahan pemandu kedua yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu, sebaik sahaja bas tiba di Terminal Melaka Sentral, kira-kira 10.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Mohd Adli Mat Daud semasa dihubungi mengesahkan penahanan suspek bagi membantu siasatan kes yang melibatkan penuntut (mangsa) maktab perguruan di Melaka itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
CADANG SATU RUMAH, SATU PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN NEGERI
AYER KEROH 26 September - Satu rumah, satu Perlembagaan Persekutuan dan negeri perlu dijadikan amalan setiap keluarga bagi meningkatkan kefahaman...
SENTUHAN KASIH KETUA MENTERI NYALAKAN SEMANGAT CALON SPM MELAKA
PENGKALAN BATU 26 September - Program Sentuhan Kasih Ketua Menteri menjadi pencetus semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk...
MATA PELAJARAN SEJARAH PERLU SENTIASA DIKAJI, DIKEMAS KINI
AYER KEROH 26 September - Mata pelajaran Sejarah perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini selaras perubahan sosio-budaya semasa bagi memastikan...
AKAR TANAH MELAYU JANGAN DIHAPUS DEMI KEPENTINGAN POLITIK – AHMAD ZAHID
AYER KEROH 26 September - Asas dan akar umbi berkaitan Tanah Melayu tidak seharusnya dihapuskan demi kepentingan politik mana-mana pihak,...
USAHA BASMI AEDES PERLU LIBAT SELURUH KOMUNITI
JASIN 26 September - Usaha membasmi tempat pembiakan Aedes perlu dilaksana secara berterusan menerusi penglibatan seluruh komuniti, sekali gus memutus...
HANYA RM35, JOM MANDI-MANDA DI MELAKA WONDERLAND
AYER KEROH 26 September - Hanya RM35 seorang, orang ramai kini berpeluang menikmati pengalaman mandi-manda di taman tema air Melaka...

