
PENCAPAIAN ATLET PARA SUKMA MELAKA MEMBANGGAKAN
BANDA HILIR 4 Oktober – Pencapaian atlet Melaka pada pentas Para Sukan Malaysia (Para SUKMA) Sarawak 2024 disifatkan sebagai luar biasa, kata Exco Belia, Sukan dan NGO negeri Datuk VP Shanmugam.
Shanmugam berkata, atlet Melaka melakar beberapa pencapaian mengejutkan termasuk membawa pulang tujuh emas meskipun sasaran awal cuma enam pingat.
“Kontinjen Melaka mengutip 27 pingat iaitu tujuh emas, sembilan perak dan 11 gangsa. Sepanjang lima hari berada di Sarawak untuk memberi sokongan, pencapaian mereka ini sangat positif dan membanggakan.
“Semangat untuk meneruskan perjuangan sepanjang temasya berlangsung itu wajar diberi pujian,” katanya
Mengulas lanjut, Shanmugam berkata temasya Para SUKMA 2024 itu merupakan medan mencari bakat-bakat baharu dalam kalangan golongan orang kurang upaya (OKU).
“Kita harap pada tahun-tahun mendatang, Melaka dapat lahirkan lebih ramai bakat baharu untuk digilap dalam kalangan golongan OKU ini.
“Buat atlet para yang memenangi pingat, Kerajaan Negeri akan terus memberi sokongan untuk pergi ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
NURUL SYASYA HADIAHKAN EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 18 Ogos - Atlet angkat berat Melaka, Nurul Syasya Khairina Syamsur menebus kekecewaan pada edisi terdahulu apabila berjaya...
PPSPM SASAR PERTANDINGAN RC POWER BOAT 2027 LEBIH MERIAH
AYER KEROH 18 Ogos - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang untuk menganjurkan pertandingan Remote Control (RC) Power...
PUTRA SPECIALIST HOSPITAL PERLUAS JARINGAN KESIHATAN KE SUMATERA BARAT
AYER KEROH 18 Ogos - Putra Specialist Hospital (PSH) Melaka memperkukuh jaringan kesihatan rentas sempadan dengan Sumatera Barat, Indonesia menerusi...
POLYCCSKILLS 2026: PMM WARRIORS RAIH EMPAT PINGAT
MERLIMAU 18 Ogos - Pelajar Politeknik Merlimau Melaka (PMM) berjaya membawa pulang empat pingat selepas memberikan saingan terbaik dalam tujuh...
OMSMC PERKUKUH KEMAHIRAN GP KESAN ‘RED FLAGS’ PESAKIT
KLEBANG 18 Ogos - Oriental Melaka Straits Medical Centre (OMSMC) memperkukuh kemahiran pengamal perubatan am (GP) dalam mengenal pasti tanda...
WRUR TABOH NANING: SEMBILAN HARI BERSAMA RAKYAT
TABOH NANING 18 Ogos - Sebanyak 49 program disusun sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
