
PENDAKI MAUT DI GUNUNG LIANG: POLIS TAHAN DUA MALIM GUNUNG BANTU SIASATAN
Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis PerakĀ DCPĀ Mohammad Azlin Sadari yang berkata semakan mendapati kumpulan itu hanyaĀ mempunyai permit sah bagi laluan di Bukit Fraser, Pahang iaitu lokasi mereka memulakan aktiviti mendaki.
āTangkapan dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984, bagaimanapun mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil,ā katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau menasihatkan orang ramai untukĀ mendapatkan permit dan kebenaran sebelum melakukan aktiviti pendakianĀ terutama bagi laluan yang merentasi sempadan negeri untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
Sementara itu, Mohammad AzlinĀ berkata mangsa Mustaqqeem Mansoor, 34, dari Sungai Petani, Kedah meninggal dunia kerana masalah kesihatanĀ danĀ bukan disebabkan jatuh.
āMangsa sebelum itu mengalami kecederaan dan apabila kesemua pendaki turun, hanya mangsa yang tidak muncul,ā katanya.
Mohammad Azlin berkata mangsaĀ mendaki bersama 10 rakan dari Bukit Fraser menuju ke puncak sebelum turun melalui laluan Gunung Liang.
Beliau berkata usaha membawa turun mayat sedang dijalankan pihak berkuasa bersama-sama pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.
Semalam, JBPM PerakĀ memaklumkan mangsa yang dilaporkan hilang sejak dua hari lepas ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang BaratĀ pada 3.30 petang, dan usaha membawa turun mayat dilakukan hari ini.
– BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.