Penganjur bazar Ramadan dan Aidilfitri promosi TMM2024

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 10 Mac – Setiap penganjur di bazar Ramadan dan Aidilfitri di negeri ini diminta untuk bersama-sama mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menggunakan pelbagai pendekatan promosi, penganjuran aktiviti atau program.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata ia bertujuan untuk menggamit kehadiran lebih ramai pengunjung ke negeri ini sepanjang Ramadan.

Katanya, antara yang menjadi tarikan adalah Bazar Aidilfitri Jalan Hang Tuah atau kini dikenali sebagai Melaka Grand Ramadan Bazar (Melgrab), Bazar Aidilfitri Klebang dan Bazar Aidilfitri MITC (Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka).

“Dalam masa yang sama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan menjalankan pemantauan di setiap lokasi bazar yang dianjurkan.

“Ia bagi memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan seperti isu membabitkan ulat tiket yang akan menjejaskan kehadiran pengunjung,” katanya selepas merasmikan Program Jom Ke Sekolah 2024, anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, semalam.

Program itu turut dihadiri Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Terdahulu, Rais turut memaklumkan Melaka menganjurkan sebanyak 51 bazar Ramadan termasuk empat Bazar Ramadan Rahmah (BRR) dan sembilan bazar Aidilfitri di seluruh negeri itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

781
Kongsi :
Previous post 51 bazar Ramadan dan sembilan bazar Aidilfitri di Melaka
Next post Dana saham wakaf bina Masjid Pulau Besar
Ubah saiz-+=