51 bazar Ramadan dan sembilan bazar Aidilfitri di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 9 Mac – Empat Bazar Ramadan Rahmah (BRR) akan beroperasi di setiap kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Melaka sepanjang Ramadan.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, BBR berkenaan akan di buka di Taman Cempaka, Masjid Tanah, Jasin Bestari dan Masjid Al-Alami dengan terhad kepada 50 peniaga bagi setiap lokasi.

“Peniaga dipilih perlu menawarkan satu daripada menu mereka dengan harga RAHMAH bernilai RM5 dan ke bawah. Mereka (peniaga) yang dipilih BRR ini merupakan yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka.

“Mereka ini juga bakal menerima baucar e-dompet bernilai RM100, beg dan cenderahati,” katanya selepas merasmikan Program Jom Ke Sekolah 2024, anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dewan Taming Sari MBMB, di sini, hari ini.

Program itu turut dihadiri Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut, Rais turut memaklumkan sebanyak 51 bazar Ramadan dan sembilan bazar Aidilfitri bakal dibuka di kawasan pentadbiran empat PBT di negeri ini.

Katanya, mengikut pecahan sebanyak 23 bazar Ramadan dan lima bazar Aidilfitri dianjurkan dalam kawasan pentadbiran MBMB.

“Sementara itu kawasan pentadbiran pentadbiran Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) pula sebanyak 10 bazar Ramadan dan dua bazar Aidilfitri.

“Manakala kawasan pentadbiran pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sebanyak 10 bazar Ramadan dan dua bazar Aidilfitri.

“Akhir sekali kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) pula hanya lapan bazar Ramadan dianjurkan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7018
Kongsi :
Previous post Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri – Mohamad
Next post Penganjur bazar Ramadan dan Aidilfitri promosi TMM2024
Ubah saiz-+=