
Pengecualian bayaran bagi jemaah haji buat ujian COVID-19 di fasiliti KKM
PUTRAJAYA, 2 Jun – Ujian pengesanan COVID-19 tindak balas berantai polimerase (RT-PCR) bagi jemaah haji Malaysia yang dilakukan di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) adalah dikecualikan daripada bayaran, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
“Dilaksanakan secara percuma,” katanya mengumumkan perkara tersebut dalam satu kenyataan hari ini.
Khairy berkata jemaah haji boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Pejabat Tabung Haji Daerah untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk senarai fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR.
Bagi jemaah haji yang memilih untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan swasta, kos ujian tersebut perlu ditanggung sepenuhnya oleh jemaah tersebut mengikut caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta yang dipilih, katanya.
Kerajaan Arab Saudi memperuntukkan kuota haji sebanyak 14,306 orang jemaah haji kepada Malaysia pada tahun ini.
Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan bahawa semua jemaah haji perlu disahkan negatif COVID-19 menerusi ujian pengesanan RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum ketibaan di Tanah Suci.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TVET MELAKA LAKAR PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN, LAHIR 7 USAHAWAN JUTAWAN
BANDA HILIR 20 April - Melaka terus muncul sebagai antara 'kuasa' besar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional...
OPERASI PEMBENIHAN AWAN SIRI 2 BANTU TANGANI KEKURANGAN AIR MELAKA
AYER KEROH 20 April - Operasi Pembenihan Awan (OPA) Siri 2 telah digerakkan bagi menangani isu kekurangan sumber air di...
FASA PERTAMA KOMPLEKS WARISAN JAWA MELAKA SIAP HUJUNG TAHUN INI
AYER MOLEK 20 April - Fasa pertama pembinaan Kompleks Warisan Jawa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek telah diluluskan...
WIFI PERCUMA RAPATKAN JURANG DIGITAL ORANG ASLI ASAHAN
ASAHAN 20 April - Kira-kira 500 penduduk di empat Kampung Orang Asli (KOA) bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan kini...
‘NGOCA’ DIANGKAT TARIKAN PELANCONGAN MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 20 April - Acara mengoca berpotensi untuk dikomersialkan sebagai produk tarikan dalam usaha memperkasa industri pelancongan luar bandar...
DILEMA BANJIR LALUAN TEBONG-TAMPIN BERAKHIR
ASAHAN 20 April - Jalan menghubungkan Tebong-Tampin kini siap dinaik taraf menjadi penyelesaian kepada masalah banjir yang kerap meneggelamkan laluan...
