Penghadang batu ganti plastik, tutup laluan tikus di Besut

Masa Membaca:2 Minit, 0 Saat

BESUT: Degil, keras kepala dan seakan tidak peduli mengenai arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan.

Itu kesimpulan berdasarkan hantaran dimuat naik di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut semalam mengenai kejadian penghadang plastik dan kawat duri yang dibuat di sempadan Besut Terengganu dan Pasir Putih Kelantan dirosakkan.

TANGKAP layar hantaran di Facebook IPD Besut.

Berdasarkan beberapa keping gambar dimuat naik, menunjukkan penghadang plastik itu dan kawat duri di Kampung Gong Lapang, di sini, dibakar dipercayai sebagai protes terhadap penutupan laluan tikus di sempadan Terengganu-Kelantan.

PENGHADANG jalan plastik yang dibakar disyaki oleh individu tidak bertanggungjawab yang dipasang di laluan tikus di Kampung Gong Lapang, Besut. Foto- Facebook IPD Besot.

“Masyarakat sudah sepatutnya faham betapa pentingnya untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak COVID-19 apabila PKP dilaksanakan.

“Namun begitu, apa yang mengecewakan serta menyedihkan, masih terdapat mereka yang masih lagi berdegil, keras kepala dan seakan tidak ambil kisah dan ambil tahu mengenai arahan PKP yang dikuatkuasakan.

“Ini terbukti sikap segelintir masyarakat yang tidak bertanggunjawab telah merosakan penghadang dan kawat duri yang dibuat di sempadan Besut, Terengganu dan Pasir Putih, Kelantan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu pihak IPD Besut bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Besut sudah meletakkan penghadang batu bagi memastikan laluan ini tidak dialihkan pada masa akan datang.

KETUA Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, perbuatan vandalisme itu disedari anggota polis yang membuat rondaan di kawasan laluan tikus itu malam kelmarin.

Katanya, ia bukan kejadian vandalisme pertama sebaliknya sudah beberapa kali apabila penghadang jalan plastik ditebuk dan dibuang air serta dialihkan di beberapa laluan tikus sepanjang sempadan negeri ini.

“Sebelum ini, hanya 15 lorong tikus sahaja yang ada bagi menghubungkan penduduk di dua negeri ini tetapi bertambah kepada 26 lorong tikus baharu sebaik sahaja tindakan menutup lorong tikus dilaksanakan.

“Perbuatan membakar penghadang jalan itu menunjukkan ada pihak tidak puas hati dengan tindakan tutup laluan untuk menghalang pergerakan rentas sempadan sepanjang PKP dan menjelang Aidilfitri, Khamis ini,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perbuatan vandalisme tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Besut di talian 09-6959999.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1119
Kongsi :
Previous post MHI, MTA bela nasib keluarga susah
Next post 10 beradik nyalakan panjut dedikasi buat Kapal Selam Kri Nanggala 402
Ubah saiz-+=