PENGUNJUNG REBUT PELUANG NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA SEMPENA 31 OGOS

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BANDA HILIR 31 Ogos – Seawal jam 8.30 perkarangan Menara Taming Sari dibanjiri orang yang ramai tidak melepaskan peluang merebut tawaran kemasukan percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69.

Pengunjung daripada pelbagai lapisan usia mula memenuhi perkarangan produk pelancongan ikonik Melaka itu sebelum beratur untuk mendapatkan tiket di kaunter masuk.

Urusan kemasukan berjalan lancar dengan bantuan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang ditugaskan.

Kemeriahan itu turut mencerminkan sambutan orang ramai khususnya rakyat Melaka terhadap inisiatif Kerajaan Negeri menawarkan kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih, sekali gus memberi peluang kepada rakyat menikmati tarikan pelancongan tempatan pada sambutan Hari Kebangsaan.

Terdahulu, Kerajaan negeri mengumumkan tawaran kemasukan percuma ke 13 produk pelancongan terpilih kepada semua pengunjung sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 pada 31 Ogos.

Antara produk pelancongan yang diberi masuk percuma itu adalah Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, Eco Cruise Sungai Linggi, Eco Cruise Tasik Chin Chin serta muzium dibawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Turut menawarkan kemasukan percuma adalah Zoo Melaka, Muzium Penjara Malaysia Melaka, Kompleks Kraf Melaka, Kompleks Air Panas Gadek, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Melaka Wonderland & Themepark, Ayer Keroh Country Club (AKCC) serta Tiara Melaka Golf & Country Club.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

258
Kongsi :
Previous post AKSI ‘PACAK’ PESAWAT TUDM PUKAU ORANG MELAKA
Next post SEMBILAN BAYI MERDEKA LAHIR DI HOSPITAL MELAKA