Sorting by

×

Pengunjung tidak sabar tunggu sambutan Hari Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BANDA HILIR 14 September – Meskipun sambutan Hari Malaysia 2022 berlangsung Jumaat ini namun sudah ramai pengunjung yang singgah di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan semata-mata untuk melihat persiapan yang sedang giat dilakukan pihak penganjur.

Pengunjung Norlijah Mohd Harum, 59, ditemani suami sanggup datang dari Kampung Gangsa, Durian Tunggal, kerana teruja untuk meraikan hari bersejarah itu.

Katanya, apa yang dilakukan adalah sebagai tanda memberi sokongan kepada kerajaan dan berharap perkara itu dicontohi orang rakyat Malaysia khusus anak muda.

“Sejarah kemerdekaan negara memang bermula di N0egeri Melaka. Sebagai anak jati Melaka saya bangga negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bag isambutan yang penuh makna.

“Selepas dua tahun pergerakan terbatas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), inilah masanya rakyat berkumpul bersama-sama untuk sambutan Hari Malaysia,” katanya.

photo1663141484
NORLIJAH Mohd Harum, 59. Foto Iqmal Haqim Rosman

Norlijah bercadang untuk membawa semua ahli keluarganya untuk bersama-sama memeriahkan sambutan itu yang bermula jam 8 malam Jumaat ini.

Sementara itu bagi Zuhaila Mohd Zamri, 29, dari Kelantan sanggup mengambil cuti kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk meraikan sambutan itu yang pertama kali dianjurkan di Semenanjung Malaysia.

photo1663141505
ZUHAILA Mohd Zamri, 29. Foto Iqmal Haqim Rosman

“Saya bersama keluarga datang Melaka sejak semalam (Selasa) hanya untuk bercuti di sini dan menyambut Hari Malaysia pada Jumaat ini.

“Selain melawat tempat bersejarah, secara tidak langsung saya dan keluarga dapat melihat persembahan pada hari sambutan nanti,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1725
Kongsi :
Previous post Polis siasat kehilangan wanita, dipercayai mangsa culik
Next post Penyanyi era 80-an Aman Shah meninggal dunia
Ubah saiz-+=