
Peniaga lega masalah longkang tersumbat hampir selesai
Telok Mas 18 Jun – Peniaga Taman Alai Perdana di sini menarik nafas lega apabila masalah longkang tersumbat di jalan utama taman tersebut sejak hampir dua tahun lalu, akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, masalah itu dipercayai berpunca daripada saluran pembuangan air ke longkang besar yang terganggu.
“Ia menyebabkan sampah tersekat, air menjadi kotor hingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan peniaga dan penduduk di taman ini.
“Kerja-kerja selenggara yang tertangguh lama juga antara punca masalah tersebut berlarutan dan peniaga turut terkesan kerana bimbang pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.
Noor Effandi berkata, pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan melakukan kerja-kerja pembersihan bermula minggu hadapan bersama beberapa jabatan terlibat.
“Diharap kerja-kerja pembersihan nanti dapat kurangkan masalah di kawasan tersebut.
“Penduduk boleh membuat aduan kepada pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Telok Mas jika terdapat sebarang masalah di kawasan mereka,” katanya.
Hadir sama membuat tinjauan, wakil Ahli Majlis MBMB, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan wakil SWM Environment Sdn Bhd.
Views:
Related


Berita Lain
MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA @ FESTIVAL D’BENDANG PERKASA EKONOMI TEMPATAN
SUNGAI RAMBAI 21 Disember - Penganjuran Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Festival D’ Bendang Melaka 2025 mengangkat martabat usahawan...
FESTIVAL D’BENDANG HIDUPKAN ‘VIBE’ DULU-DULU
SUNGAI RAMBAI 21 Disember - Penyertaan lebih 100 usahawan desa dan peniaga tempatan serta pengisian 42 acara sukan rakyat, memeriahkan...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONGKITA CETUS FENOMENA LUAR BIASA
DUYONG 21 Disember - Larian Budaya Antarabangsa Duyongkita 2025 mencetus fenomena luar biasa apabila merekodkan penyertaan lebih 20,000 orang. Exco...
LARIAN BUDAYA ANTARABANGSA DUYONGKITA 2025 TAMPIL LEBIH DINAMIK
DUYONG 21 Disember - Larian Budaya Antarabangsa Duyongkita 2025 tampil lebih dinamik dengan pengukuhan elemen budaya dan peningkatan penyertaan antarabangsa....
SUKAN SATUKAN ORANG MASJID TANAH
LENDU 21 Disember - Pelbagai acara sukan yang diadakan bersempena Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita berjaya menyatukan penduduk di lima...
REMY ISHAK HARAP KARNIVAL MASJID TANAH: KAMPUNG KITA DIADAKAN SETIAP TAHUN
LENDU 21 Disember - Kebersamaan dan kesepaduan masyarakat kampung yang ditunjukkan dalam penganjuran Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita menjadikannya wajar...
